Monday, October 28, 2013

AKU ABADI

Aku selalu punya harap,
Kerana ada KAU
Aku selalu punya asa,
Kerana ada KAU

Aku sedang memilin badai,
Menjadi nyanyian bayu nan merdu.
Aku sedang mengasuh angkara,
Ku timang bagai mengasuh dewa.
Aku sedang mangasah luka,
Agar tajam setajam lidah sengketa.

Lalu ......

Aku akan mengurapi pucat,
Menjadi cita rasa dari hampa.

Dan,....
Kularungkan pada semburat,
Atau pada secercah,
Atau pada segumpal
CAHAYA

Aku,....
Pernah dihempaskan,
Pernah di tikam,
Dan aku tetap ada,
Kerana aku abadi,
Kerana aku adalah asa,
Adalah cinta